kali ni nak tujukan kepada semua rakyat Malaysia. oleh tu, kena la guna BAHASA MELAYU..
hari ni nak share sikit pasal salah faham rakyat Malaysia yg x blaja kursus perubatan pasal kesihatan..
1.sakit orang tua ialah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. normal la tu kalau org tua ada sakit2 tu..
satu hari, aku interview la sorang nenek ni..
Aku: nenek ada sakit lain selain asma?
nenek: biasa la dh tua ni...sakit org tua ni..
aku: sakit2 lutut ke nek?
nenek:ni ha... darah tinggi, kencing manis...
aku:??
---kencing manis, darah tinggi, sakit jantung BUKAN sakit sbb tua. kebanyakannya sebab cara hidup yg salah, makan makanan x sihat..tapi segelintir ada sebab keturunan..
2. sibuk je doktor2 ni tanya pasal merokok, ambil minuman keras dan sejarah hubungan seksual. nak tuduh aku bukan2 la tu.
dr nak tanya ni sbb nak assess sama ada patient ni fit utk pembedahan ke x, risiko terhadap kesihatan dan punca mana dtgnye penyakit yg dia ada.
contohnye, pesakit datang sakit perut, kencing pedih..salah satu sbb jadi cam tu sbb dia mungkin dapan jangkitan kat salur kencing. salah satu sbb boleh dpt jangkitan tu ialah hubungan seksual yg x sihat contohnye ada multiple sexual partners, kalau patient laki mungkin ada hubungan sejenis ke..
bukan nak tuduh, cuma nak cari punca mana datangnye penyakit ni.lps tu, rawatan akan lebih mujarab.
3.ape tanya2 aku minum arak ke x? saje je doktor ni!!x nampak ke aku ni pakai kopiah?aku ni org semayang tau?!
sebagai
sorang doktor, dia x boleh prejudis atau main teka2 sikap seseorang.org
pakai kopiah tu mana la tau alhamdulillah baru pakai sebab baru insaf.
xsemestinya dia bukan islam dia PASTI minum arak. x semestinya dia islam
dia x minum arak..
4. sakit kaki time tua = gout
baru tadi aku jumpa sorang pakcik yg kata dia gout...
pakcik: saya ada gout ni..
aku: iye pakcik? pakcik sakit kat ibu jari ke? (biasanya gout sakit kat ibu jari)
pakcik: tak la..saya sakit kat lutut kanan?
aku: iye pakcik? camne sakitnye tu?
pakcik: dulu time saya tgh berjalan, tiba2 bunyi 'PAP!' yg kuat dari lutut kanan, pastu time tu terus sakit dan bengkak lutut pakcik.
aku: erm...pakcik..rasanya tu bukan gout, tu mana2 ligamen kat lutut pakcik tercabut tu..
pakcik:iye..ni gout!
aku: (lantak anda la pakcik...)abis tu, pakcik ada cek darah?makan ubat?
pakcik: ada..tapi darah kata darah pakcik elok
ingat ye kawan2, gout ni sebab terlebih asid urik dlm badan. jadi, kalau check darah, dr boleh tau ada gout ke x..
5.kita
kena bersedia secara mental untuk check kesihatan. klu x tiba2 darah
tinggi/ gula tinggi time tu, terkejut, terus melekat darah tinggi dgn
kencing manis tu sampai bila2
klu darah tu dah 180/100mmHg, xdpt dinafikan lagi
anda memang ada darah tinggi. kalau setakat 145/90 tu kena la check
semula mana tau hari tu x cukup tido ke, gaduh dgn bini ke..
klu
gula dlm darah 11 time tengah puasa, x makan pape. terimalah kenyataan
yg anda sememangnye ada kencing manis..lebih cepat terima kenyataan,
lagi cepat makan ubat, lagi lambat dpt komplikasi cam sakit jantung ke,
stroke ke..
6. TB tu sakit peparu dimana org tu akan batuk2 kering
betul tu. tapi x semua TB org tu ada batuk kering, x semua TB kat peparu. ada org dpt TB kat kulit la...tulang la...
7.buduh doktor ni!pakcik sakit gastrik, dia tahan pakcik kat spital!dia kata pakcik sakit jantung!
bukan
semua sakit perut sebab gastrik..kadang2 badan tertipu yg sakit tu dtg
dari perut sedangkan dari jantung. kedudukan perut dgn jantung tu
x jauh, kadang2 badan akan confuse. bila jantung tu sakit, sebahagian
dinding jantung akan pecah dan dinding yg pecah tu akan keluarkan
enzyme2 ke dalam darah. elektrik (ECG) yg buat jantung tu pam darah pon
akan berubah. klu dpt kesan enzyme tu dlm darah, ECG berubah, sah la dia
sakit jantung.kes macam ni banyk kat wad..
setakat ni je yg ingat.sebenarnye banyak lagi. harap korang dpt ilmu baca benda ni :)
jagalah kesihatan anda!
No comments:
Post a Comment